Salam
Di sini saya ingin berkongsi sebuah pengalaman, saya sudah banyak mengalami dan rasa2nya korang pun ada mengalaminya
Saya pernah try, 3 hari x solat jemaah atau ada melakukan dosa, dan 3 hari selepas itu bersolat jemaah dan ada membaca banyak quran atau berzikir, saya perhatikan ada perbezaan pada emosi dan akal.
Saya menyedari bila hati kotor, maka emosi anda akan terganggu, berasa irritable, tidak sabar, adakalanya berasa amat sedih, dan tidak motivasi..
Ttp sebaliknya, bila hati anda bersih, anda akan rasa motivasi, bersemangat, sabar, mudah memberi empathy
Tak percaya? bila anda rasa malas belajar, atau tidak bermotivasi, cuba renungkan ayat2 quran dan bacakan, insyaallah, selepas itu tiba2 anda bermotivasi utk belajar
Begitu juga dgn akal, saya perhatikan bila hati kotor, maka akal anda akan menjustifikasikan seseuatu yg batil dan anda akan anggap ia benar.
Malah bila hati itu bersih akal akan menjustifikasikan sesuatu yg hak dan anggap ia benar
contohnya kita boleh melihat sendiri bagaimana org kafir mentafsir quran berbanding cara kita tafsir quran, pasti ada beza kan? Kalau depan nmpk unta, org hati bersih akan nmpk unta, tp bagi org hati kotor akan nampak landak
Akal mmg sesuatu yg menipukan, kita selalu anggap ia benar, sebab itu pentingnya peranan hati dlm menimba ilmu. Bila ilmu tinggi tp hati kotor, itu yg bahayanya. Ada yg menjadi atheist kerana gara2 akal yg tinggi.
Dari segi sudut psikologi, saya pernah terbaca, peranan SQ mempengaruhi EQ dan IQ. Saya rasa saya ada baca lebih kurang 3 buku yg mempertekankan kepentingan SQ dalam mempengaruhi EQ dan IQ. Emosi amat penting dlm penghasilan minda yg sihat. Cuba bayangkan bila anda bersedih, bagaimana keadaan minda anda, dan bayangkan bila emosi anda melonjat tinggi, bagaimana minda anda?
Bila emosi anda melonjat tinggi, berlegar2 minda anda fikir mcm2 benda yg interesting, atau dapat memberi 1001 solusi terhadap masalah, minda anda menjadi aktif
Tp bila emosi anda down, mulalah idea pun susah nak keluar,, bila ada masalah lihat mcm seolah2 tak ada solution, pemikiran menjadi terbantut sebegitu sahaja
Begitu juga, emosi pun memerlukan SQ, tak percaya bila anda down cuba buka quran dan perhatikan bagaimana perubahan emosi anda
Lihat, para saintis sendiri mengakui kepentingan SQ(hati) dlm mempengaruhi EQ (emosi) dan IQ (akal). Kalau rosak SQ, EQ dan IQ pun turut rosak
Malah dlm hadis mengenai hati itu raja dan mempengaruhi semua organ, saya rasa ia perlu diberi tafsiran secara meluas. Menurut kaca mata sains, yg menghasilkan pemikiran dan emosi adalah dari otak kita. Pemikiran secara logik terhasil di cerebral cortex dan emosi di limbic system. Bila hati yg sihat pasti ia memberi organ otak yg sihat, oleh itu bila otak sihat, maka cara pemikiran kita dan juga emosi kita jadi sihat
Bukan itu sahaja, emosi yg sihat pun turut memberi kesihatan dlm badan kita melalui rembesan mcm2 jenis hormon dan bahan kimia. Dan emosi yg buruk , seperti stress akan menghasilkan mcm2 bahan kimia, yg akhirnya merosakan jantung anda, membuatkan anda depression