Wednesday, November 24, 2010

Mengapa org islam suka menghukum, melabel dan bersikap judgemental?

Pernah ada sebuah kisah benar...seorang gadis HIV, datang ke sebuah masjid utk mendapat perlindungan, namun dihalaunya dari masjid, tanpa sebarang belas kasihan, atau bantuan. Namun dia sendiri telah mendapat bantuan dari pihak kristian dan akhirnya memeluk agama islam

Pernah ada sebuah kisah benar, seorang mat rockers, memakai baju melayu, datang ke masjid dgn rambut panjang utk dengar ceramah, namun apabila dia datang mendengar ceramah, dia ditenung dan dipandang dgn mata tajam oleh seorang bilal, sehingga akhirnya terpaksa mat rockers ni keluar dari masjid, dan kemudian tidak pernah nmpk dirinya menjejak kaki di masjid

Bukan itu saja, malah bila ada gambar si fulan bin fulan, minum arak, kita sebarkan gambar itu, kita kutuknya dgn hinaan yg tajam, tp tanpa sedar dia sendiri telah memburukkan muslim yg lain, di mana setiap muslim mempunyai hak utk namanya dijaga

Persoalan yg saya ingin bangkitkan, mengapa kita bersikap menyempitkan rahmat Allah, mengapa kita bersikap melabel , menghukum pd golongan yg jahil? Lupakah kita bahawa kita dapat berbuat kebaikan adalah kerana pertolonganNya dan kekuatan yg diberi olehNya....Lupakah jika diandaikan kita diberi takdir buruk, lahir dlm keluarga pencuri, maka ada kemungkinan besar kita menjadi anak pencuri...? Tp tidak, alhamdulillah kita dibesarkan dlm nikmat keluarga islam, berpeluang mendapat didikan agama, nikmat didikan ayah dan ibu yg baik, namun bila kita melihat golongan jahil, kita memandang dgn mata benci, mata dgn penuh hina, seolah2 mereka adalah golongan terlaknat yg wajar dibenci.

Secara peribadi, bagi saya inilah syirik kecil. Golongan ini begitu perasan atau syok sendiri, seolah2 amal kebaikan yg mereka peroplehi adalah suatu bentuk kebaikan dari usaha kita sendiri. Ini tanggapan yg meleset amat sekali, ya , kita mmg berusaha, namun yg membenarkan usaha itu mendatangkan kesan adalah dari Allah, yg memberi pertolongan supaya usaha itu mendapat kesan adalah kerana Allah, dan begitu juga dgn kekuatan utk melakukan kebaikan
Bukankah ada hadis / quran (saya tak dapat nak recall) yg mengatakan sekiranya Allah mahukan kebaikan seorang muslim, maka dia akan menambahkan kefahaman

Tapi yg peliknya, bila kita diberi bantuan dan pertolongan, sepatutnya utk bersikap adil, bukankah sewajarnya kita membantu golongan yg malang yg tiada dpt anugerah serta bantuannya...Bukankah org kaya wajar membantu org miskin kerana anugerah harta yg diberi? Bukankah org yg berkuasa wajar membantu org tertindas dan hidup susah kerana anugerah kuasa yg diberi....Fikir2kan......

Namun, malangnya golongan ini terus diketepikan seolah2 golongan yg sudah terlaknat, atau tiada pintu utk kasihan....Golongan ini disishkan,malah diberi mcm2 bentuk nama dan label. Apabila golongan ini disisihkan, hidayah islam tidak kesampaian...Bila hidayah islam tidak kesampaian, golongan ini terjebak dlm budaya dan pemikiran yg lagi menyesatkan.. Namun apabila penyakit ni berleluasa, kita kehairanan, mengeleng kepala, mengapa berleluasa golongan ini, sedangkan siapa dahulu yg mula2 menyisihkan mereka? Dan kumpulan bukan islam pula, ambil kesempatan utk menyebarkan fahaman kristian, fahaman ideologi pelik, tidak hairanlah masyarakat kita masih parah.

Begitu juga, apabila wujud perbezaan pendapat, apabila wujud perbezaan pendapat, mudah sahaja kita melatah ooohhh...ini liberal, ini mengagungkan budaya barat, ini anti hadis, ini mengagungkan minda ......sedangkan perbezaan pendapat ini hanyalah hasil kerana tidak fhm islam dengan sebenar2nya, malah kerana mendapat information yg salah. Malah ia juga boleh berpunca dari perbezaan latar belakang akademik. Sedangkan proses pemahaman adakalanya mengambil masa yg lama utk fhm. Namun org ini diberi nama mcm2 gerangan, yg kemudian disisihkan dan lama2 tidak terbimbing menjadi kump sesat. Tidak hairanlah kita ada kumpulan liberal, kump yg ala2 mcm religion skeptism. Malah kump ini berkembang luas

Sedangkan imam syafie pernah berkata "org2 yg menentang aku ini, bukannya mereka benci akan aku, tetapi mereka tidak paham dan tidak jelas tentang ku"..Lihatlah betapa open mind imam syafie....beliau bersikap open minded, beliau tidak pernah membenci atau melabel pd golongan yg melawan, sebaliknya beliau anggap ia adalah suatu isu yg tidak difahami mereka. Namun apakah respons kita sebagai yg memegang mazhab syafie apabila berdepan dgn perbezaan pendapat ini?


Sunday, November 21, 2010

Jangan bersedih bila org yg dicinta sudah menjadi tunang orang

Baru2 ni saya telah bercinta dgn seorang gadis yg sudah bertunang org. Mulanya saya langsung tidak tahu menahu dia sudah bertunang. Bila tahu dia sudah bertunang, saya rasa amat kecewa amat sangat....sedih dan tidak terkata2 kerana bagi saya, dia adalah segala2nya dan apa yg saya mahu semua ada padanya

Namun selepas berfikir dgn lamanya, saya terfikir, rasa kelakar juga apabila manusia mengejar gadis yg sudah bertunang....sedangkan Allah itu Maha Kaya. Mengapa perlu bersedih, mengapa perlu rasa "she is the only one" Bukankah Allah itu Maha Kaya dgn kekayaanNya. Dlm kekayaanNya, masih banyak lagi kekayaan yg tidak terfikir lagi. Apakah selama ini kita mengandaikan kekayaan Allah ada limit?

Ini sangat berbeza dgn kekayaan manusia. Kekayaan manusia biasa ada limit. Kalau diamond tercantik, biasanya hanya boleh dimiliki oleh seorang manusia dlm dunia ini, malah ia perlu direbut, perlu bayar dgn harga tinggi sehingga kadang2 menimbulkan kerosakan dlm persaudaraan manusia

Ini sangat berbeza dgn kekayaan Allah, kekayaan Allah boleh dimiliki oleh semua org. Semua manusia boleh berpotensi mendapat kekayaan yg tinggi dgn usaha yg sama dan adil dan dgn izinNya....Kekayaan Allah tiada limit. Ia adalah harta yg tidak perlu direbut satu sama lain, dan tidak perlu bergaduh satu sama lain. Hanya taat adalah harganya

Oleh itu tepuk dada, tanya iman. Kalau kita benar2 mengaku beriman pd Allah, mengapa kita tidak yakin pada kekayaan Allah? Bukankah Allah itu Maha Kaya?