Wednesday, November 24, 2010

Mengapa org islam suka menghukum, melabel dan bersikap judgemental?

Pernah ada sebuah kisah benar...seorang gadis HIV, datang ke sebuah masjid utk mendapat perlindungan, namun dihalaunya dari masjid, tanpa sebarang belas kasihan, atau bantuan. Namun dia sendiri telah mendapat bantuan dari pihak kristian dan akhirnya memeluk agama islam

Pernah ada sebuah kisah benar, seorang mat rockers, memakai baju melayu, datang ke masjid dgn rambut panjang utk dengar ceramah, namun apabila dia datang mendengar ceramah, dia ditenung dan dipandang dgn mata tajam oleh seorang bilal, sehingga akhirnya terpaksa mat rockers ni keluar dari masjid, dan kemudian tidak pernah nmpk dirinya menjejak kaki di masjid

Bukan itu saja, malah bila ada gambar si fulan bin fulan, minum arak, kita sebarkan gambar itu, kita kutuknya dgn hinaan yg tajam, tp tanpa sedar dia sendiri telah memburukkan muslim yg lain, di mana setiap muslim mempunyai hak utk namanya dijaga

Persoalan yg saya ingin bangkitkan, mengapa kita bersikap menyempitkan rahmat Allah, mengapa kita bersikap melabel , menghukum pd golongan yg jahil? Lupakah kita bahawa kita dapat berbuat kebaikan adalah kerana pertolonganNya dan kekuatan yg diberi olehNya....Lupakah jika diandaikan kita diberi takdir buruk, lahir dlm keluarga pencuri, maka ada kemungkinan besar kita menjadi anak pencuri...? Tp tidak, alhamdulillah kita dibesarkan dlm nikmat keluarga islam, berpeluang mendapat didikan agama, nikmat didikan ayah dan ibu yg baik, namun bila kita melihat golongan jahil, kita memandang dgn mata benci, mata dgn penuh hina, seolah2 mereka adalah golongan terlaknat yg wajar dibenci.

Secara peribadi, bagi saya inilah syirik kecil. Golongan ini begitu perasan atau syok sendiri, seolah2 amal kebaikan yg mereka peroplehi adalah suatu bentuk kebaikan dari usaha kita sendiri. Ini tanggapan yg meleset amat sekali, ya , kita mmg berusaha, namun yg membenarkan usaha itu mendatangkan kesan adalah dari Allah, yg memberi pertolongan supaya usaha itu mendapat kesan adalah kerana Allah, dan begitu juga dgn kekuatan utk melakukan kebaikan
Bukankah ada hadis / quran (saya tak dapat nak recall) yg mengatakan sekiranya Allah mahukan kebaikan seorang muslim, maka dia akan menambahkan kefahaman

Tapi yg peliknya, bila kita diberi bantuan dan pertolongan, sepatutnya utk bersikap adil, bukankah sewajarnya kita membantu golongan yg malang yg tiada dpt anugerah serta bantuannya...Bukankah org kaya wajar membantu org miskin kerana anugerah harta yg diberi? Bukankah org yg berkuasa wajar membantu org tertindas dan hidup susah kerana anugerah kuasa yg diberi....Fikir2kan......

Namun, malangnya golongan ini terus diketepikan seolah2 golongan yg sudah terlaknat, atau tiada pintu utk kasihan....Golongan ini disishkan,malah diberi mcm2 bentuk nama dan label. Apabila golongan ini disisihkan, hidayah islam tidak kesampaian...Bila hidayah islam tidak kesampaian, golongan ini terjebak dlm budaya dan pemikiran yg lagi menyesatkan.. Namun apabila penyakit ni berleluasa, kita kehairanan, mengeleng kepala, mengapa berleluasa golongan ini, sedangkan siapa dahulu yg mula2 menyisihkan mereka? Dan kumpulan bukan islam pula, ambil kesempatan utk menyebarkan fahaman kristian, fahaman ideologi pelik, tidak hairanlah masyarakat kita masih parah.

Begitu juga, apabila wujud perbezaan pendapat, apabila wujud perbezaan pendapat, mudah sahaja kita melatah ooohhh...ini liberal, ini mengagungkan budaya barat, ini anti hadis, ini mengagungkan minda ......sedangkan perbezaan pendapat ini hanyalah hasil kerana tidak fhm islam dengan sebenar2nya, malah kerana mendapat information yg salah. Malah ia juga boleh berpunca dari perbezaan latar belakang akademik. Sedangkan proses pemahaman adakalanya mengambil masa yg lama utk fhm. Namun org ini diberi nama mcm2 gerangan, yg kemudian disisihkan dan lama2 tidak terbimbing menjadi kump sesat. Tidak hairanlah kita ada kumpulan liberal, kump yg ala2 mcm religion skeptism. Malah kump ini berkembang luas

Sedangkan imam syafie pernah berkata "org2 yg menentang aku ini, bukannya mereka benci akan aku, tetapi mereka tidak paham dan tidak jelas tentang ku"..Lihatlah betapa open mind imam syafie....beliau bersikap open minded, beliau tidak pernah membenci atau melabel pd golongan yg melawan, sebaliknya beliau anggap ia adalah suatu isu yg tidak difahami mereka. Namun apakah respons kita sebagai yg memegang mazhab syafie apabila berdepan dgn perbezaan pendapat ini?


Sunday, November 21, 2010

Jangan bersedih bila org yg dicinta sudah menjadi tunang orang

Baru2 ni saya telah bercinta dgn seorang gadis yg sudah bertunang org. Mulanya saya langsung tidak tahu menahu dia sudah bertunang. Bila tahu dia sudah bertunang, saya rasa amat kecewa amat sangat....sedih dan tidak terkata2 kerana bagi saya, dia adalah segala2nya dan apa yg saya mahu semua ada padanya

Namun selepas berfikir dgn lamanya, saya terfikir, rasa kelakar juga apabila manusia mengejar gadis yg sudah bertunang....sedangkan Allah itu Maha Kaya. Mengapa perlu bersedih, mengapa perlu rasa "she is the only one" Bukankah Allah itu Maha Kaya dgn kekayaanNya. Dlm kekayaanNya, masih banyak lagi kekayaan yg tidak terfikir lagi. Apakah selama ini kita mengandaikan kekayaan Allah ada limit?

Ini sangat berbeza dgn kekayaan manusia. Kekayaan manusia biasa ada limit. Kalau diamond tercantik, biasanya hanya boleh dimiliki oleh seorang manusia dlm dunia ini, malah ia perlu direbut, perlu bayar dgn harga tinggi sehingga kadang2 menimbulkan kerosakan dlm persaudaraan manusia

Ini sangat berbeza dgn kekayaan Allah, kekayaan Allah boleh dimiliki oleh semua org. Semua manusia boleh berpotensi mendapat kekayaan yg tinggi dgn usaha yg sama dan adil dan dgn izinNya....Kekayaan Allah tiada limit. Ia adalah harta yg tidak perlu direbut satu sama lain, dan tidak perlu bergaduh satu sama lain. Hanya taat adalah harganya

Oleh itu tepuk dada, tanya iman. Kalau kita benar2 mengaku beriman pd Allah, mengapa kita tidak yakin pada kekayaan Allah? Bukankah Allah itu Maha Kaya?

Thursday, September 30, 2010

Apakah ulama sesuai dlm politik

Ulama adalah panduan, dan juga idola

Ulama sebagai idola dlm sebuah parti
------------------------------------------
- Memandang ulama itu idola, kadang2 apa jua yg dikeluarkan ulama dianggap semua betul oleh peminat2 mereka......
- Ini menimbulkan sikap taklid, dan lantas berhenti sikap berfikir
- Bila ada pihak lawan tidak bersetuju, dianggap sebagai melawan islam
- Sedangkan hakikatnya, apa jua statement yg keluar dari mulut ulama, adalah suatu pendapat yg boleh diterima mahupun ditentang
- Namun disebabkan ulama adalah idola, apabila ia memberi pendapat yg bertentangan drpd peminat....peminat akan marah dan tak suka

Ulama sebagai panduan dlm sebuah parti
-------------------------------------------------
- memandang ulama dlm parti, dia tidak bebas mengeluarkan pendapat yg asal terbuku dari hati
- pendapat yg dikeluarkan adakalanya ada sentimen kepentingan parti
- ulama dalam sebuah parti, bukan sahaja bertanggungjawab sebagai ulama malah juga btanggungjawab menjaga nama baik parti, hal ini menyebabkan kebebasan utk mengeluarkan idea tersekat dan dibebani dgn peranan parti
- bila ulama dlm parti, ia hanyalah dpt dijadikan panduan oleh ahli2 dlm parti tu, ia tidak dapat jadikan panduan oleh org2 yg lawan kepada parti tersebut....maklumlah, siapa nak dengar nasihat pihak lawan,


apa itu pemimpin?
-------------------
pemimpin adalah org yg bekerja, merealisasikan hasrat pengikutnya.....
apabila pemimpin gagal memenuhi hasrat pengikutnya.....dia bukan seorang pemimpin yg baik
pemimpin adalah pak turut kepada pengikut
sebab itu bila ada ulama seperti hadi awang usulkan perpaduan melayu, dia direject walaupun dia seorang ulama...dan kerana dia seorang pemimpin, dia gagal memenuhi keperluan pengikut
oleh kerana seorang pemimpin perlu ikut keperluan pengikut, bagaimana dia boleh bertindak bebas sebagai seorang ulama, cuba fikirkan


Wednesday, July 7, 2010

Maksimakan nikmat Allah

Berapa ramai antara kita memperkecil2kan nikmat Allah?
Berapa ramai antara kita salah memandang nikmat Allah?

Berapa ramai mengatakan aku tak boleh buat ini, tak boleh buat itu, aku tak sesuai buat benda tu, aku kepenatan, ?

Percayalah...org yg membuat statement di atas adalah org2 yg tidak menyakini nikmat yg Allah telah berikan padanya, dia tidak mengunakan nikmat Allah seMAKSimum yg mungkin, dia memperlekehkan nikmat Allah serta tidak menyakini nikmat Allah yg diberi itu mampu membantu mencapai kehendaknya.....Inilah suatu bentuk kufur nikmat

Cuba tonton video ni
seorang lelaki tanpa tangan tanpa kaki, tp masih dapat hidup dgn ceria

http://www.youtube.com/watch?v=Gc4HGQHgeFE&feature=player_embedded#!

Kalau anda mempersoalkan anda tidak boleh, maka tepuk dada tanya iman. Fikirkan kalau anda kata tak boleh, apakah maksudnya Allah menjadikan sesuatu itu dgn sia2...mana2 org beriman akan kata tidak, semua nikmat Allah adalah tidak sia2

MANFAATKAN NIKMAT ALLAH SEMAKSIMA

Sunday, July 4, 2010

Full metal alchemist I : kejayaan = pengorbanan

Anime full metal alchemist semasa ending, ed berkata

"A lesson without pain is meaningless
That because u cant gain something without sacrificing something else in return
But once u've withstood the pain and overcome it, u will gain a heart that is stronger than anything else
Yes, a fullmetal heart"

Kalau kita melihat alam realiti dan siri animasi ini, tdk dinafikan dlm kehidupan ini, kalau kita mahukan sesuatu maka sebuah pengorbanan harus dibayar sesuai dgn kehendak kita
Apa yg kita hajati, samaada menjadi kaya, mendapat isteri yg baik, mendapat syurga tertinggi, semua itu memerlukan pengorbanan yg amat tinggi. Tiada satu yg boleh didapati secara percuma, segalanya perlu dibayar dgn harga yg tinggi

Begitulah juga sekiranya kita mahu islam berdiri tegak menguasai satu dunia, jgnlah kita berangan2 mudah mendapat begitu saja. Sebuah pengorbanana dan ujian perlu kita lalui. Tidak hairanlah dunia islam hari ini berkecimuk dgn pelbagai huru hara dan ujian, semua ini adalah satu jalan disediakan bagi melahirkan dunia islam sedunia

Sunday, June 27, 2010

Betapa susah mencapai jalan iman, betapa senang meremehkan org jahil


Entahlah....agaknya mereka2 ni belum lagi pernah terdedah pada episod2 hitam. Saya pernah melalui episod2 hitam, ketika itu juga saya meraba2 mencari jalan, kadangkala saya marah kenapa Allah tidak berikan saya jalan, dan mcm2....Saya masih ingat bagaimana perasaan hitamnya hati, saya tahu bagaimana perasaan ketika itu, malah ketika itu hidup saya tidak berkat, saya dipandang hina, malah dibenci bukan saja oleh guru malah rakan selama tempoh 5 - 6 tahun

Bila saya melihat kawan saya yg benar2 islamik, timbul perasaan cemburu yg agak kuat, mereka bukan sahaja didampingi oleh kawan, malah ramai menghormatinya...saya persoalkan Ya Allah sesungguhnya dia baik adalah kerana dilahirkan keluarga yg islamik, sudah tentu banyak peluang mengenal islam tp tidak bagi saya.

Adakalanya saya ingin berdampingan dgn mereka semata2 ingin belajar sesuatu darinya, tp mereka meremehkan diri saya

Adakalanya saya berhajat utk meraih cinta dari seorang muslimah soleh, namun diri saya tidak dipandang

Bila perkara di atas berlaku, saya berasa teramat marah dan cemburu, saya persoalkan ya Allah, mengapa mereka, mereka menjadi seorang yg baik kerana latar belakang yg baik, tp tidak bagi saya, mereka berpeluang melanjutkan ke sekolah2 agama tp tidak bagi saya

Malah saya berbelanja beribu2 ringgit, membeli kitab , bersyukur saya ayah saya seorang juruterbang, saya beli buku pun, saya tidak tahu apa yg saya mencari, saya sekadar main membeli buku yg ada pasaran. Dan saya telah banyak korbankan masa belajar saya membaca kitab sehingga banyak terjejas dlm pelajaran saya sehingga terpaksa repeat satu tahun. Malah saya ambil cuti setahun, hanya gara2 mencari erti hidup

Atas sebab kesukaran yg telah saya hadapi demi mencapai tahap keimanan hari ini, saya berasa amatlah menghargai serta bersyukur dgn nikmat ini. Dalam hati ini , hendak saja saya berkongsi kemanisan iman ini. Bila saya melihat org jahil, wujud perasaan simpati dan sayang kepada mereka, kerana saya telah mengalami episod2 pahit. Saya tidak membenci mereka, malah saya sedia membuka pintu peluang kepada mereka, saya ingin mempermudahkan bagi mereka ke jalan yg hak. Sebab itu, saya masih menyayangi UMNO kerana saya tahu, mereka juga seperti saya, meraba2 mencari kebenaran. Malah saya bersedia utk berkawin dgn pelacur sekalipun kalau mereka bersedia utk berubah

Namun begitu, saya begitu kaget melihat sikap org islam, yg bukan sahaja beruntung dapat keluarga yg elok2 penuh dgn akhlak dan ilmu islam, yg bukan sahaja dapat berpeluang terdedah kepada ilmu agama, yg bukan sahaja berpeluang belajari ilmu agama , malah ada yg berpeluang masuk kolej islam, mereka bangun bingkas meremehkan org2 yg jahil, pelaku2 maksiat seperti yg berlaku hari ini, lebih2 lagi dlm arena politik kita. Pelik bin ajaib, mereka langsung tak terfikirkah, andaikata mereka dilahirkan dlm keluarga yg jahil, tidak terdedah pada kelas agama, bercampur dgn pelaku maksiat, apakah mereka fikir mereka boleh menjadi muslim yg baik? Apakah mereka fikir mampu ckp pasal agama sekiranya mereka ditakdirkan di sebaliknya? Butakah mereka yg menjadi mereka baik adalah tidak lain kerana Allah?

Tidak tahukah mereka, kalau bukan Allah tidak mencipta perkara dosa, melainkan untuk mengenal sifat Maha Pengampun
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, seorang muslim melipat gandakan amalan mereka lalu mati dlm keadaan yg bertakwa
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, seorang manusia tidak ujub serta riak dgn amalan mereka
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, dia merintiskan air mata lalu air mata itu penyelamat api neraka

Sudah tentulah, kewujudan org kaya dan org miskin, org berilmu dan jahil, org berkuasa dan tidak berkuasa, org sihat dgn sakit, org beriman dan kafir, org baik dan org penjenayah, mempunyai banyak rahsia tersendiri dan merupakan ujian antara satu sama lain. Bagi saya, keadaan pemimpin atau kerajaan yg rosak adalah sesuatu yg ditakdir dan mempunyai rahsianya. Ia merupakan ujian untuk org beriman dan sebagai renungan bagi org beriman, namun berapa ramai yg mengambil manfaat dari apa yg Allah ciptakan?

Tengok sahajalah, org barat walaupun mereka kafir, tetapi berapa ramai umat islam dapat mengambil iktibar serta hikmah dari mereka, walau sekafirnya mereka, namun banyak dari segi akhlaknya kadangkala lebih baik drpd org islam itu sendiri. Tidakkah itu adalah hikmah bagi org beriman spaya bermuhasabah diri? Itu baru sahaja ciptaan org kafir, belum lagi dilihat dari segi hikmah wujudnya org miskin, org sakit, apatah lagi pemimpin yg kurang islamik, kerajaan yg sekular, renung2kan....

Hidayah bukan exclusive untuk individu

Salam

Penulis berasa kecewa tengok segelintir umat islam hari ini, kerana begitu angkuh dan sombong, memikirkan hak hidayah ini hanya sekadar hak mutlak individu sahaja, bukan untuk dikongsi

Mereka lupa bahawa baik akhlak mereka, tingginya akidah mereka, semuanya adalah gara2 kerana keizinan Allah dan bantuan Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya pasti mereka ini hidup penuh kejahilan malah meronta2 mencari bantuan Allah.

Sudah lupakah mereka andai mereka lahir dlm keluarga jahiliyah, apakah mereka fikir mereka dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakan mereka andai mereka lahir dl jalan chow kit, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakah mereka andai hati mereka disibukkan dgn kerja dunia, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakah mereka andai mereka terjebak dgn sahabat2 jahil, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?

Sebaliknya mereka beruntung, ada di kalangan mereka lahir dlm keluarga islamik, ada antara mereka berpeluang terdedah pada sahabat yg baik serta mengenali ulama, ada antara mereka lahir dlm masyarakat yg penuh aura islamiyah, namun bila mereka melihat sekelompok org jahil, mereka memandang mereka begitu hina dan penuh kebencian, seolah2 hidayah yg mereka dapat ini adalah usaha mereka semata2, ala2 macam org kapitalis menyangka mereka kaya kerana mereka berusaha mencari duit kerana usaha mereka, bukan kerana pemberian Allah.

Mereka lupakah setiap seseuatu perkara berlaku berlandaskan qada dan qadar dan mempunyai rahsia di sebaliknya. Bukankah dlm quran ada menyebut bahawa setiap manusia dijadikan utk ujian masing2 ? seperti seorang pemimpin ujian kepada rakyat dan seorang rakyat ujian kepada pemimpin. Mereka lupakah sejahat2 manusia, Allah mampu ubah org itu masuk syurga di akhir hayat

Tp itulah yg berlaku pada segelintir umat islam hari ini, mereka fikir, hak hidayah hanya hak individu semata2 . Tidak terlintas di benak mereka untuk berkongsi anugerah hidayah ini