Salam
Penulis berasa kecewa tengok segelintir umat islam hari ini, kerana begitu angkuh dan sombong, memikirkan hak hidayah ini hanya sekadar hak mutlak individu sahaja, bukan untuk dikongsi
Mereka lupa bahawa baik akhlak mereka, tingginya akidah mereka, semuanya adalah gara2 kerana keizinan Allah dan bantuan Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya pasti mereka ini hidup penuh kejahilan malah meronta2 mencari bantuan Allah.
Sudah lupakah mereka andai mereka lahir dlm keluarga jahiliyah, apakah mereka fikir mereka dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakan mereka andai mereka lahir dl jalan chow kit, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakah mereka andai hati mereka disibukkan dgn kerja dunia, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakah mereka andai mereka terjebak dgn sahabat2 jahil, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sebaliknya mereka beruntung, ada di kalangan mereka lahir dlm keluarga islamik, ada antara mereka berpeluang terdedah pada sahabat yg baik serta mengenali ulama, ada antara mereka lahir dlm masyarakat yg penuh aura islamiyah, namun bila mereka melihat sekelompok org jahil, mereka memandang mereka begitu hina dan penuh kebencian, seolah2 hidayah yg mereka dapat ini adalah usaha mereka semata2, ala2 macam org kapitalis menyangka mereka kaya kerana mereka berusaha mencari duit kerana usaha mereka, bukan kerana pemberian Allah.
Mereka lupakah setiap seseuatu perkara berlaku berlandaskan qada dan qadar dan mempunyai rahsia di sebaliknya. Bukankah dlm quran ada menyebut bahawa setiap manusia dijadikan utk ujian masing2 ? seperti seorang pemimpin ujian kepada rakyat dan seorang rakyat ujian kepada pemimpin. Mereka lupakah sejahat2 manusia, Allah mampu ubah org itu masuk syurga di akhir hayat
Tp itulah yg berlaku pada segelintir umat islam hari ini, mereka fikir, hak hidayah hanya hak individu semata2 . Tidak terlintas di benak mereka untuk berkongsi anugerah hidayah ini
No comments:
Post a Comment