Saturday, February 20, 2010

EQ 1 :Antara didikan sekolah vs realiti kehidupan

  • Saya sentiasa membuat anggapan bahawa kejayaan hanya tercapai melalui ilmu dan pretasi yg mantap di sekolah
  • Kerana anggapan tersebut, saya telah banyak korbankan rakan2 dan masa social saya. (maafkanku sahabat)
  • Namun, hakikatnya, di dunia pekerjaan, kita lebih banyak menguruskan manusia daripada apa yg telah kita pelajari
  • Setakat pengalaman saya, nak buat group assigment, nak cari data atau buat kerja mmg amat mudah, tp nak dapatkan kerjasama mmg payah sekali (termasuklah saya, hehe)
  • Ada yg sensitif, ada yg panas baran, ada yg dorminant atau gila kuasa, ada tak boleh kerjasama
  • Lebih banyak konflik dan bersedih yg saya hadapi adalah lebih kepada bentuk hubungan manusia itu sendiri berbanding apa yg telah dipelajari
  • Bukanlah saya ingin menuduh manusia punca sedih saya, manusia akan sentiasa berbeza sikap. Itulah hukum lumrah dunia. Cuma saya tak pandai menadaptasi, atau control emosi
  • Inilah akibat kerana terlalu tamak pada ilmu di sekolah, nak asyik excelent je, tp akhirnya hubungan manusia telah dilupai
  • Dari sini, saya baru menyedari kepentingan EQ
  • Banyak kajian mmg telah membuktikan EQ lebih penting drpd IQ. Dan dlm peluang cuti ini, inilah yg saya cuba ambil peluang utk memantapkan EQ saya
  • Alhamdulillah, sejak saya fokus pada EQ, saya mudah berkomunikasi dgn org lain,dan saya pandai control emosi saya, cuma mgkin adalah sikit gugup ckp dgn awek lawa
  • Inilah realiti sebenar, kita akan menghadapi lebih banyak dgn masalah manusia drpd apa yg kita pelajari di sekolah atau universit
  • So mulakan mantapkan EQ anda!!!

No comments:

Post a Comment