Baru2 ni saya telah bercinta dgn seorang gadis yg sudah bertunang org. Mulanya saya langsung tidak tahu menahu dia sudah bertunang. Bila tahu dia sudah bertunang, saya rasa amat kecewa amat sangat....sedih dan tidak terkata2 kerana bagi saya, dia adalah segala2nya dan apa yg saya mahu semua ada padanya
Namun selepas berfikir dgn lamanya, saya terfikir, rasa kelakar juga apabila manusia mengejar gadis yg sudah bertunang....sedangkan Allah itu Maha Kaya. Mengapa perlu bersedih, mengapa perlu rasa "she is the only one" Bukankah Allah itu Maha Kaya dgn kekayaanNya. Dlm kekayaanNya, masih banyak lagi kekayaan yg tidak terfikir lagi. Apakah selama ini kita mengandaikan kekayaan Allah ada limit?
Ini sangat berbeza dgn kekayaan manusia. Kekayaan manusia biasa ada limit. Kalau diamond tercantik, biasanya hanya boleh dimiliki oleh seorang manusia dlm dunia ini, malah ia perlu direbut, perlu bayar dgn harga tinggi sehingga kadang2 menimbulkan kerosakan dlm persaudaraan manusia
Ini sangat berbeza dgn kekayaan Allah, kekayaan Allah boleh dimiliki oleh semua org. Semua manusia boleh berpotensi mendapat kekayaan yg tinggi dgn usaha yg sama dan adil dan dgn izinNya....Kekayaan Allah tiada limit. Ia adalah harta yg tidak perlu direbut satu sama lain, dan tidak perlu bergaduh satu sama lain. Hanya taat adalah harganya
Oleh itu tepuk dada, tanya iman. Kalau kita benar2 mengaku beriman pd Allah, mengapa kita tidak yakin pada kekayaan Allah? Bukankah Allah itu Maha Kaya?
assalamualaikum w.b.t. akhi,
ReplyDeletebenar.. ana setuju dgn anta. kalau benar2 beriman kepadaNya, maka percayalah Dia sepenuhnya dan igtlah, Allah Maha Mengetahui dan akan membantu mereka yang beriman juga mereka yg sabar.
WAllahua'lam.