Friday, June 11, 2010

Sikap salah menyalah: punca umat islam masih mundur

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:

"Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Pada zaman ini, kita giat mempertahankan kesucian islam. Tidak dinafikan perkara ini adalah perkara yg sgt dimuliakan malah dituntut dalam islam, apatah lagi di masa kini islam telah diserang oleh pelbagai serangan samaada dalam bentuk fizikal mahupun pemikiran. Namun begitu, penulis memerhatikan terlalu banyak sikap menuding jari antara umat islam yg lain, sama ada dlm bentuk politik, dlm bentuk masyarakat, atau dalam bentuk perbezaan kerjaya. Perkara ini seterusnya hanya membawa lebih banyak pertelingkahan dan permusuhan di kalangan org islam, sehingga org islam sendiri sudah tidak percaya dgn org islam yg lain

Penulis merasakan sikap menuding jari patut dibuang jauh2 andaikata kita mahu islam terus berkembang dgn pesatnya. Ini kerana sikap menuding jari hakikatnya menutup diri kita daripada melihat kelemahan yg ada pada diri kita, dan menyebabkan kita gagal melihat kelemahan sendiri. Apabila kelemahan ini diabaikan dan tidak dipedulikan, maka kelemahan ini jualah yg akan membantut perjuangan kita dalam menegakkan hak. Ini bolehlah diibaratkan seorang askar merungut kerana pegawai atasannya terlalu garang padanya, sehingga tidak sedar bahawa tangki minyak kereta kebalnya sudah hampir kehabisan, lalu kelemahan ini lantas membawa malang pada dirinya apabila ia menjadi sasaran musuh

Penulis terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi penulis dlm sebuah masjid....Pada ketika itu, di hari sebelum solat jumaat, ada tazkiran di tempat penulis....Penulis mendengar dgn khusyuk , sehingga tiba2 suara lantang bergema, di mana penceramah ini tiba2 mengutuk dan menyalahka para jemaah tidak hadir ke masjid utk mendengar ceramah pada setiap malam yg dianjurkan oleh pihak masjid. Untuk pengetahuan tuan dan puan, pihak masjid mmg ada sediakan ceramah setiap malam di tempat penulis.

Cuma yg membuatkan penulis kecewa, kenapa mesti salahkan umat islam tidak hadir pada ceramah yg dianjurkan, seolah2 hanya kami je salah, pihak masjid seolah2 tiada satu kesalahan pun. Penulis sendiri mempunyai alasan sendiri tidak menghadirkan majlis ilmu yg dianjurkan, antaranya
1/ Majlis ilmu yg diadakan terlalu banyak sembang kosong dan lawak2 bodoh, sehinggakan fakta2 yg penting hanya sedikit sahaja dpat dimanfaatkan
2/ Majlis ilmu diikuti dgn akhlak tidak baik seperti memaki hamun, pengunaan bahasa kurang sopan, sehingga masjid tu menjadi seolah2 tempat pasar
3/ Majlis ilmu gagal menepati waktu secara disiplin. Sepatutnya 15 minit, tp lanjut smpai 1 jam lebih, kalau masa banyak diisi dgn ilmu, lain cerita, tapi penuh dgn borak kosong. Bagaimana org muda yg ada komitmen terhadap keluarga atau ilmu dapat meluangkan masa di majlis ilmu
4/ Kegagalan penceramah memenentukan tajuk topik, org muda mcm penulis mesti nak tahu tajuk perbincangan, supaya boleh mendengar isu2 yg belum diketahui
5/ Topik terlalu asas

Mungkin penulis juga ada salah sendiri, seperti gagal menegur pihak masjid. Tp mesej utama penulis ingin sampaikan atau tunjukkan, setelah bertahun2 lamanya, kenapa tidak terlintas satu pun keupayaan mereka melihat kelemahan mereka. Sebaliknya hanya masyarakat sahaja dituduh sebagai malas tidak mahu menghadiri majlis. Begitu lantang mereka melihat salah masyarakat, sehingga salah sendiri tidak nmpk

Sebab itu penulis katakan, kalau kita mahu perjuangkan islam, penting utk kita buangkan sikap tuding jari supaya kita lebih nampak kelemahan diri kita, serta membaiki kelemahan kita. PAda zaman hari ini, kita diserang oleh pelbagai serangan pemikiran, antaranya liberal dan sekular. Seperit biasa, kita menyalahkan golongan ini sebagai perosak islam, malah kita singkirkan mereka, namun pernah tak kita memikirkan atau muhasabah diri sebab2 kumpulan begini muncul? Pernah tak kita cuba mengkaji atau muhasabah mengapa ada individu yg begitu berminat terhadap pemikiran begini. Malah di tanah malaysia ini, sudah ada pemuda pemudi yg menjawat dan join in freemason. Kenapa mereka sanggup buat begitu, apa yg begitu menarik pasal freemason ni? samalah seperti sister in islam, mengapa mereka boleh wujud, mengapa mereka begitu resistance dgn islam, di sebalik kemunculan pemikiran2 ini, penulis gagal melihat reporter2 islam seperti dari majalah media islam, mengambil minat untuk bertemu ramah dgn mereka, membongkarkan rahsia di atas sebab2 mereka memilih jln seperti ini. Saya pun berasa hairan, kenapa mereka tiada minat utk bertemuramah dgn kumpulan ini. Disebabkan tiada usaha begitu, sampai hari ini, kita tidak tahu apa kelemahan kita sebenarnya sehingga makin ramai yg menjadi sekular serta liberal. Wallahualam sekadar cetusan hati penulis

Bagi penulis, seorang muslim berjaya adalah seorang muslim yg bersedia mengambil tanggungjawab 100% apa yg berlaku padanya...Ada kelebihan org yg ambil bertanggungjawab berbanding org yg menuding jari. Org yg menuding jari biasanya FOKUSNYA terletak pada org lain, sebab itu dia gagal melihat dirinya. Sebaliknya org yg menagmbil tanggungjawab sepenuhnya, FOKUSNYA hanya pada dirinya, maka dia dapat melihat kelemahan diri dgn lebih jelas serta dapat muhasabah diri. Menurut buku The Success Principle, 99% of all failure comes from people who have a habit of making excuses

Contohnya E + R = O (E = event, R = responce, O = outcome

Org yg bersedia bertanggungjawab, mudah mengubahsuai responcenya utk mengubah outcome, sebaliknya org yg menuding jari hanya menyalahkan event, tetapi response tak ada buat apa2

Contohnya katakan A (org yg suka tuding jari) dan B (org yg ambil full tanggungjawab)
Eventnya E adalahbulan mei RM 700, dan RM 700 ni cukup2 utk tampung satu bulan. Dan bulan mei perlu bayar hutang RM 200
A
Event = Rm 700 sebulan
Response = dia tak buat apa2 utk solve the issue kerana hanya merungut bos bagi rm 700
Outcome = Bulan depan kena tangkap along pasal tak bayar hutang

B
Event = RM 700 sebulan
Responce = samaada dia pinjam duit member, atau puasa, atau lebih berjimat duit
Outcome = Bulan ni dia ada duit secukupnya utk bayar hutang

No comments:

Post a Comment