Wednesday, November 24, 2010

Mengapa org islam suka menghukum, melabel dan bersikap judgemental?

Pernah ada sebuah kisah benar...seorang gadis HIV, datang ke sebuah masjid utk mendapat perlindungan, namun dihalaunya dari masjid, tanpa sebarang belas kasihan, atau bantuan. Namun dia sendiri telah mendapat bantuan dari pihak kristian dan akhirnya memeluk agama islam

Pernah ada sebuah kisah benar, seorang mat rockers, memakai baju melayu, datang ke masjid dgn rambut panjang utk dengar ceramah, namun apabila dia datang mendengar ceramah, dia ditenung dan dipandang dgn mata tajam oleh seorang bilal, sehingga akhirnya terpaksa mat rockers ni keluar dari masjid, dan kemudian tidak pernah nmpk dirinya menjejak kaki di masjid

Bukan itu saja, malah bila ada gambar si fulan bin fulan, minum arak, kita sebarkan gambar itu, kita kutuknya dgn hinaan yg tajam, tp tanpa sedar dia sendiri telah memburukkan muslim yg lain, di mana setiap muslim mempunyai hak utk namanya dijaga

Persoalan yg saya ingin bangkitkan, mengapa kita bersikap menyempitkan rahmat Allah, mengapa kita bersikap melabel , menghukum pd golongan yg jahil? Lupakah kita bahawa kita dapat berbuat kebaikan adalah kerana pertolonganNya dan kekuatan yg diberi olehNya....Lupakah jika diandaikan kita diberi takdir buruk, lahir dlm keluarga pencuri, maka ada kemungkinan besar kita menjadi anak pencuri...? Tp tidak, alhamdulillah kita dibesarkan dlm nikmat keluarga islam, berpeluang mendapat didikan agama, nikmat didikan ayah dan ibu yg baik, namun bila kita melihat golongan jahil, kita memandang dgn mata benci, mata dgn penuh hina, seolah2 mereka adalah golongan terlaknat yg wajar dibenci.

Secara peribadi, bagi saya inilah syirik kecil. Golongan ini begitu perasan atau syok sendiri, seolah2 amal kebaikan yg mereka peroplehi adalah suatu bentuk kebaikan dari usaha kita sendiri. Ini tanggapan yg meleset amat sekali, ya , kita mmg berusaha, namun yg membenarkan usaha itu mendatangkan kesan adalah dari Allah, yg memberi pertolongan supaya usaha itu mendapat kesan adalah kerana Allah, dan begitu juga dgn kekuatan utk melakukan kebaikan
Bukankah ada hadis / quran (saya tak dapat nak recall) yg mengatakan sekiranya Allah mahukan kebaikan seorang muslim, maka dia akan menambahkan kefahaman

Tapi yg peliknya, bila kita diberi bantuan dan pertolongan, sepatutnya utk bersikap adil, bukankah sewajarnya kita membantu golongan yg malang yg tiada dpt anugerah serta bantuannya...Bukankah org kaya wajar membantu org miskin kerana anugerah harta yg diberi? Bukankah org yg berkuasa wajar membantu org tertindas dan hidup susah kerana anugerah kuasa yg diberi....Fikir2kan......

Namun, malangnya golongan ini terus diketepikan seolah2 golongan yg sudah terlaknat, atau tiada pintu utk kasihan....Golongan ini disishkan,malah diberi mcm2 bentuk nama dan label. Apabila golongan ini disisihkan, hidayah islam tidak kesampaian...Bila hidayah islam tidak kesampaian, golongan ini terjebak dlm budaya dan pemikiran yg lagi menyesatkan.. Namun apabila penyakit ni berleluasa, kita kehairanan, mengeleng kepala, mengapa berleluasa golongan ini, sedangkan siapa dahulu yg mula2 menyisihkan mereka? Dan kumpulan bukan islam pula, ambil kesempatan utk menyebarkan fahaman kristian, fahaman ideologi pelik, tidak hairanlah masyarakat kita masih parah.

Begitu juga, apabila wujud perbezaan pendapat, apabila wujud perbezaan pendapat, mudah sahaja kita melatah ooohhh...ini liberal, ini mengagungkan budaya barat, ini anti hadis, ini mengagungkan minda ......sedangkan perbezaan pendapat ini hanyalah hasil kerana tidak fhm islam dengan sebenar2nya, malah kerana mendapat information yg salah. Malah ia juga boleh berpunca dari perbezaan latar belakang akademik. Sedangkan proses pemahaman adakalanya mengambil masa yg lama utk fhm. Namun org ini diberi nama mcm2 gerangan, yg kemudian disisihkan dan lama2 tidak terbimbing menjadi kump sesat. Tidak hairanlah kita ada kumpulan liberal, kump yg ala2 mcm religion skeptism. Malah kump ini berkembang luas

Sedangkan imam syafie pernah berkata "org2 yg menentang aku ini, bukannya mereka benci akan aku, tetapi mereka tidak paham dan tidak jelas tentang ku"..Lihatlah betapa open mind imam syafie....beliau bersikap open minded, beliau tidak pernah membenci atau melabel pd golongan yg melawan, sebaliknya beliau anggap ia adalah suatu isu yg tidak difahami mereka. Namun apakah respons kita sebagai yg memegang mazhab syafie apabila berdepan dgn perbezaan pendapat ini?


Sunday, November 21, 2010

Jangan bersedih bila org yg dicinta sudah menjadi tunang orang

Baru2 ni saya telah bercinta dgn seorang gadis yg sudah bertunang org. Mulanya saya langsung tidak tahu menahu dia sudah bertunang. Bila tahu dia sudah bertunang, saya rasa amat kecewa amat sangat....sedih dan tidak terkata2 kerana bagi saya, dia adalah segala2nya dan apa yg saya mahu semua ada padanya

Namun selepas berfikir dgn lamanya, saya terfikir, rasa kelakar juga apabila manusia mengejar gadis yg sudah bertunang....sedangkan Allah itu Maha Kaya. Mengapa perlu bersedih, mengapa perlu rasa "she is the only one" Bukankah Allah itu Maha Kaya dgn kekayaanNya. Dlm kekayaanNya, masih banyak lagi kekayaan yg tidak terfikir lagi. Apakah selama ini kita mengandaikan kekayaan Allah ada limit?

Ini sangat berbeza dgn kekayaan manusia. Kekayaan manusia biasa ada limit. Kalau diamond tercantik, biasanya hanya boleh dimiliki oleh seorang manusia dlm dunia ini, malah ia perlu direbut, perlu bayar dgn harga tinggi sehingga kadang2 menimbulkan kerosakan dlm persaudaraan manusia

Ini sangat berbeza dgn kekayaan Allah, kekayaan Allah boleh dimiliki oleh semua org. Semua manusia boleh berpotensi mendapat kekayaan yg tinggi dgn usaha yg sama dan adil dan dgn izinNya....Kekayaan Allah tiada limit. Ia adalah harta yg tidak perlu direbut satu sama lain, dan tidak perlu bergaduh satu sama lain. Hanya taat adalah harganya

Oleh itu tepuk dada, tanya iman. Kalau kita benar2 mengaku beriman pd Allah, mengapa kita tidak yakin pada kekayaan Allah? Bukankah Allah itu Maha Kaya?

Thursday, September 30, 2010

Apakah ulama sesuai dlm politik

Ulama adalah panduan, dan juga idola

Ulama sebagai idola dlm sebuah parti
------------------------------------------
- Memandang ulama itu idola, kadang2 apa jua yg dikeluarkan ulama dianggap semua betul oleh peminat2 mereka......
- Ini menimbulkan sikap taklid, dan lantas berhenti sikap berfikir
- Bila ada pihak lawan tidak bersetuju, dianggap sebagai melawan islam
- Sedangkan hakikatnya, apa jua statement yg keluar dari mulut ulama, adalah suatu pendapat yg boleh diterima mahupun ditentang
- Namun disebabkan ulama adalah idola, apabila ia memberi pendapat yg bertentangan drpd peminat....peminat akan marah dan tak suka

Ulama sebagai panduan dlm sebuah parti
-------------------------------------------------
- memandang ulama dlm parti, dia tidak bebas mengeluarkan pendapat yg asal terbuku dari hati
- pendapat yg dikeluarkan adakalanya ada sentimen kepentingan parti
- ulama dalam sebuah parti, bukan sahaja bertanggungjawab sebagai ulama malah juga btanggungjawab menjaga nama baik parti, hal ini menyebabkan kebebasan utk mengeluarkan idea tersekat dan dibebani dgn peranan parti
- bila ulama dlm parti, ia hanyalah dpt dijadikan panduan oleh ahli2 dlm parti tu, ia tidak dapat jadikan panduan oleh org2 yg lawan kepada parti tersebut....maklumlah, siapa nak dengar nasihat pihak lawan,


apa itu pemimpin?
-------------------
pemimpin adalah org yg bekerja, merealisasikan hasrat pengikutnya.....
apabila pemimpin gagal memenuhi hasrat pengikutnya.....dia bukan seorang pemimpin yg baik
pemimpin adalah pak turut kepada pengikut
sebab itu bila ada ulama seperti hadi awang usulkan perpaduan melayu, dia direject walaupun dia seorang ulama...dan kerana dia seorang pemimpin, dia gagal memenuhi keperluan pengikut
oleh kerana seorang pemimpin perlu ikut keperluan pengikut, bagaimana dia boleh bertindak bebas sebagai seorang ulama, cuba fikirkan


Wednesday, July 7, 2010

Maksimakan nikmat Allah

Berapa ramai antara kita memperkecil2kan nikmat Allah?
Berapa ramai antara kita salah memandang nikmat Allah?

Berapa ramai mengatakan aku tak boleh buat ini, tak boleh buat itu, aku tak sesuai buat benda tu, aku kepenatan, ?

Percayalah...org yg membuat statement di atas adalah org2 yg tidak menyakini nikmat yg Allah telah berikan padanya, dia tidak mengunakan nikmat Allah seMAKSimum yg mungkin, dia memperlekehkan nikmat Allah serta tidak menyakini nikmat Allah yg diberi itu mampu membantu mencapai kehendaknya.....Inilah suatu bentuk kufur nikmat

Cuba tonton video ni
seorang lelaki tanpa tangan tanpa kaki, tp masih dapat hidup dgn ceria

http://www.youtube.com/watch?v=Gc4HGQHgeFE&feature=player_embedded#!

Kalau anda mempersoalkan anda tidak boleh, maka tepuk dada tanya iman. Fikirkan kalau anda kata tak boleh, apakah maksudnya Allah menjadikan sesuatu itu dgn sia2...mana2 org beriman akan kata tidak, semua nikmat Allah adalah tidak sia2

MANFAATKAN NIKMAT ALLAH SEMAKSIMA

Sunday, July 4, 2010

Full metal alchemist I : kejayaan = pengorbanan

Anime full metal alchemist semasa ending, ed berkata

"A lesson without pain is meaningless
That because u cant gain something without sacrificing something else in return
But once u've withstood the pain and overcome it, u will gain a heart that is stronger than anything else
Yes, a fullmetal heart"

Kalau kita melihat alam realiti dan siri animasi ini, tdk dinafikan dlm kehidupan ini, kalau kita mahukan sesuatu maka sebuah pengorbanan harus dibayar sesuai dgn kehendak kita
Apa yg kita hajati, samaada menjadi kaya, mendapat isteri yg baik, mendapat syurga tertinggi, semua itu memerlukan pengorbanan yg amat tinggi. Tiada satu yg boleh didapati secara percuma, segalanya perlu dibayar dgn harga yg tinggi

Begitulah juga sekiranya kita mahu islam berdiri tegak menguasai satu dunia, jgnlah kita berangan2 mudah mendapat begitu saja. Sebuah pengorbanana dan ujian perlu kita lalui. Tidak hairanlah dunia islam hari ini berkecimuk dgn pelbagai huru hara dan ujian, semua ini adalah satu jalan disediakan bagi melahirkan dunia islam sedunia

Sunday, June 27, 2010

Betapa susah mencapai jalan iman, betapa senang meremehkan org jahil


Entahlah....agaknya mereka2 ni belum lagi pernah terdedah pada episod2 hitam. Saya pernah melalui episod2 hitam, ketika itu juga saya meraba2 mencari jalan, kadangkala saya marah kenapa Allah tidak berikan saya jalan, dan mcm2....Saya masih ingat bagaimana perasaan hitamnya hati, saya tahu bagaimana perasaan ketika itu, malah ketika itu hidup saya tidak berkat, saya dipandang hina, malah dibenci bukan saja oleh guru malah rakan selama tempoh 5 - 6 tahun

Bila saya melihat kawan saya yg benar2 islamik, timbul perasaan cemburu yg agak kuat, mereka bukan sahaja didampingi oleh kawan, malah ramai menghormatinya...saya persoalkan Ya Allah sesungguhnya dia baik adalah kerana dilahirkan keluarga yg islamik, sudah tentu banyak peluang mengenal islam tp tidak bagi saya.

Adakalanya saya ingin berdampingan dgn mereka semata2 ingin belajar sesuatu darinya, tp mereka meremehkan diri saya

Adakalanya saya berhajat utk meraih cinta dari seorang muslimah soleh, namun diri saya tidak dipandang

Bila perkara di atas berlaku, saya berasa teramat marah dan cemburu, saya persoalkan ya Allah, mengapa mereka, mereka menjadi seorang yg baik kerana latar belakang yg baik, tp tidak bagi saya, mereka berpeluang melanjutkan ke sekolah2 agama tp tidak bagi saya

Malah saya berbelanja beribu2 ringgit, membeli kitab , bersyukur saya ayah saya seorang juruterbang, saya beli buku pun, saya tidak tahu apa yg saya mencari, saya sekadar main membeli buku yg ada pasaran. Dan saya telah banyak korbankan masa belajar saya membaca kitab sehingga banyak terjejas dlm pelajaran saya sehingga terpaksa repeat satu tahun. Malah saya ambil cuti setahun, hanya gara2 mencari erti hidup

Atas sebab kesukaran yg telah saya hadapi demi mencapai tahap keimanan hari ini, saya berasa amatlah menghargai serta bersyukur dgn nikmat ini. Dalam hati ini , hendak saja saya berkongsi kemanisan iman ini. Bila saya melihat org jahil, wujud perasaan simpati dan sayang kepada mereka, kerana saya telah mengalami episod2 pahit. Saya tidak membenci mereka, malah saya sedia membuka pintu peluang kepada mereka, saya ingin mempermudahkan bagi mereka ke jalan yg hak. Sebab itu, saya masih menyayangi UMNO kerana saya tahu, mereka juga seperti saya, meraba2 mencari kebenaran. Malah saya bersedia utk berkawin dgn pelacur sekalipun kalau mereka bersedia utk berubah

Namun begitu, saya begitu kaget melihat sikap org islam, yg bukan sahaja beruntung dapat keluarga yg elok2 penuh dgn akhlak dan ilmu islam, yg bukan sahaja dapat berpeluang terdedah kepada ilmu agama, yg bukan sahaja berpeluang belajari ilmu agama , malah ada yg berpeluang masuk kolej islam, mereka bangun bingkas meremehkan org2 yg jahil, pelaku2 maksiat seperti yg berlaku hari ini, lebih2 lagi dlm arena politik kita. Pelik bin ajaib, mereka langsung tak terfikirkah, andaikata mereka dilahirkan dlm keluarga yg jahil, tidak terdedah pada kelas agama, bercampur dgn pelaku maksiat, apakah mereka fikir mereka boleh menjadi muslim yg baik? Apakah mereka fikir mampu ckp pasal agama sekiranya mereka ditakdirkan di sebaliknya? Butakah mereka yg menjadi mereka baik adalah tidak lain kerana Allah?

Tidak tahukah mereka, kalau bukan Allah tidak mencipta perkara dosa, melainkan untuk mengenal sifat Maha Pengampun
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, seorang muslim melipat gandakan amalan mereka lalu mati dlm keadaan yg bertakwa
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, seorang manusia tidak ujub serta riak dgn amalan mereka
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, dia merintiskan air mata lalu air mata itu penyelamat api neraka

Sudah tentulah, kewujudan org kaya dan org miskin, org berilmu dan jahil, org berkuasa dan tidak berkuasa, org sihat dgn sakit, org beriman dan kafir, org baik dan org penjenayah, mempunyai banyak rahsia tersendiri dan merupakan ujian antara satu sama lain. Bagi saya, keadaan pemimpin atau kerajaan yg rosak adalah sesuatu yg ditakdir dan mempunyai rahsianya. Ia merupakan ujian untuk org beriman dan sebagai renungan bagi org beriman, namun berapa ramai yg mengambil manfaat dari apa yg Allah ciptakan?

Tengok sahajalah, org barat walaupun mereka kafir, tetapi berapa ramai umat islam dapat mengambil iktibar serta hikmah dari mereka, walau sekafirnya mereka, namun banyak dari segi akhlaknya kadangkala lebih baik drpd org islam itu sendiri. Tidakkah itu adalah hikmah bagi org beriman spaya bermuhasabah diri? Itu baru sahaja ciptaan org kafir, belum lagi dilihat dari segi hikmah wujudnya org miskin, org sakit, apatah lagi pemimpin yg kurang islamik, kerajaan yg sekular, renung2kan....

Hidayah bukan exclusive untuk individu

Salam

Penulis berasa kecewa tengok segelintir umat islam hari ini, kerana begitu angkuh dan sombong, memikirkan hak hidayah ini hanya sekadar hak mutlak individu sahaja, bukan untuk dikongsi

Mereka lupa bahawa baik akhlak mereka, tingginya akidah mereka, semuanya adalah gara2 kerana keizinan Allah dan bantuan Allah. Kalau Allah tidak izinkan, saya pasti mereka ini hidup penuh kejahilan malah meronta2 mencari bantuan Allah.

Sudah lupakah mereka andai mereka lahir dlm keluarga jahiliyah, apakah mereka fikir mereka dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakan mereka andai mereka lahir dl jalan chow kit, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakah mereka andai hati mereka disibukkan dgn kerja dunia, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?
Sudah lupakah mereka andai mereka terjebak dgn sahabat2 jahil, apakah mereka fikir dapat menjadi muslim yg baik?

Sebaliknya mereka beruntung, ada di kalangan mereka lahir dlm keluarga islamik, ada antara mereka berpeluang terdedah pada sahabat yg baik serta mengenali ulama, ada antara mereka lahir dlm masyarakat yg penuh aura islamiyah, namun bila mereka melihat sekelompok org jahil, mereka memandang mereka begitu hina dan penuh kebencian, seolah2 hidayah yg mereka dapat ini adalah usaha mereka semata2, ala2 macam org kapitalis menyangka mereka kaya kerana mereka berusaha mencari duit kerana usaha mereka, bukan kerana pemberian Allah.

Mereka lupakah setiap seseuatu perkara berlaku berlandaskan qada dan qadar dan mempunyai rahsia di sebaliknya. Bukankah dlm quran ada menyebut bahawa setiap manusia dijadikan utk ujian masing2 ? seperti seorang pemimpin ujian kepada rakyat dan seorang rakyat ujian kepada pemimpin. Mereka lupakah sejahat2 manusia, Allah mampu ubah org itu masuk syurga di akhir hayat

Tp itulah yg berlaku pada segelintir umat islam hari ini, mereka fikir, hak hidayah hanya hak individu semata2 . Tidak terlintas di benak mereka untuk berkongsi anugerah hidayah ini

Friday, June 11, 2010

Sikap salah menyalah: punca umat islam masih mundur

Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:

"Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Pada zaman ini, kita giat mempertahankan kesucian islam. Tidak dinafikan perkara ini adalah perkara yg sgt dimuliakan malah dituntut dalam islam, apatah lagi di masa kini islam telah diserang oleh pelbagai serangan samaada dalam bentuk fizikal mahupun pemikiran. Namun begitu, penulis memerhatikan terlalu banyak sikap menuding jari antara umat islam yg lain, sama ada dlm bentuk politik, dlm bentuk masyarakat, atau dalam bentuk perbezaan kerjaya. Perkara ini seterusnya hanya membawa lebih banyak pertelingkahan dan permusuhan di kalangan org islam, sehingga org islam sendiri sudah tidak percaya dgn org islam yg lain

Penulis merasakan sikap menuding jari patut dibuang jauh2 andaikata kita mahu islam terus berkembang dgn pesatnya. Ini kerana sikap menuding jari hakikatnya menutup diri kita daripada melihat kelemahan yg ada pada diri kita, dan menyebabkan kita gagal melihat kelemahan sendiri. Apabila kelemahan ini diabaikan dan tidak dipedulikan, maka kelemahan ini jualah yg akan membantut perjuangan kita dalam menegakkan hak. Ini bolehlah diibaratkan seorang askar merungut kerana pegawai atasannya terlalu garang padanya, sehingga tidak sedar bahawa tangki minyak kereta kebalnya sudah hampir kehabisan, lalu kelemahan ini lantas membawa malang pada dirinya apabila ia menjadi sasaran musuh

Penulis terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi penulis dlm sebuah masjid....Pada ketika itu, di hari sebelum solat jumaat, ada tazkiran di tempat penulis....Penulis mendengar dgn khusyuk , sehingga tiba2 suara lantang bergema, di mana penceramah ini tiba2 mengutuk dan menyalahka para jemaah tidak hadir ke masjid utk mendengar ceramah pada setiap malam yg dianjurkan oleh pihak masjid. Untuk pengetahuan tuan dan puan, pihak masjid mmg ada sediakan ceramah setiap malam di tempat penulis.

Cuma yg membuatkan penulis kecewa, kenapa mesti salahkan umat islam tidak hadir pada ceramah yg dianjurkan, seolah2 hanya kami je salah, pihak masjid seolah2 tiada satu kesalahan pun. Penulis sendiri mempunyai alasan sendiri tidak menghadirkan majlis ilmu yg dianjurkan, antaranya
1/ Majlis ilmu yg diadakan terlalu banyak sembang kosong dan lawak2 bodoh, sehinggakan fakta2 yg penting hanya sedikit sahaja dpat dimanfaatkan
2/ Majlis ilmu diikuti dgn akhlak tidak baik seperti memaki hamun, pengunaan bahasa kurang sopan, sehingga masjid tu menjadi seolah2 tempat pasar
3/ Majlis ilmu gagal menepati waktu secara disiplin. Sepatutnya 15 minit, tp lanjut smpai 1 jam lebih, kalau masa banyak diisi dgn ilmu, lain cerita, tapi penuh dgn borak kosong. Bagaimana org muda yg ada komitmen terhadap keluarga atau ilmu dapat meluangkan masa di majlis ilmu
4/ Kegagalan penceramah memenentukan tajuk topik, org muda mcm penulis mesti nak tahu tajuk perbincangan, supaya boleh mendengar isu2 yg belum diketahui
5/ Topik terlalu asas

Mungkin penulis juga ada salah sendiri, seperti gagal menegur pihak masjid. Tp mesej utama penulis ingin sampaikan atau tunjukkan, setelah bertahun2 lamanya, kenapa tidak terlintas satu pun keupayaan mereka melihat kelemahan mereka. Sebaliknya hanya masyarakat sahaja dituduh sebagai malas tidak mahu menghadiri majlis. Begitu lantang mereka melihat salah masyarakat, sehingga salah sendiri tidak nmpk

Sebab itu penulis katakan, kalau kita mahu perjuangkan islam, penting utk kita buangkan sikap tuding jari supaya kita lebih nampak kelemahan diri kita, serta membaiki kelemahan kita. PAda zaman hari ini, kita diserang oleh pelbagai serangan pemikiran, antaranya liberal dan sekular. Seperit biasa, kita menyalahkan golongan ini sebagai perosak islam, malah kita singkirkan mereka, namun pernah tak kita memikirkan atau muhasabah diri sebab2 kumpulan begini muncul? Pernah tak kita cuba mengkaji atau muhasabah mengapa ada individu yg begitu berminat terhadap pemikiran begini. Malah di tanah malaysia ini, sudah ada pemuda pemudi yg menjawat dan join in freemason. Kenapa mereka sanggup buat begitu, apa yg begitu menarik pasal freemason ni? samalah seperti sister in islam, mengapa mereka boleh wujud, mengapa mereka begitu resistance dgn islam, di sebalik kemunculan pemikiran2 ini, penulis gagal melihat reporter2 islam seperti dari majalah media islam, mengambil minat untuk bertemu ramah dgn mereka, membongkarkan rahsia di atas sebab2 mereka memilih jln seperti ini. Saya pun berasa hairan, kenapa mereka tiada minat utk bertemuramah dgn kumpulan ini. Disebabkan tiada usaha begitu, sampai hari ini, kita tidak tahu apa kelemahan kita sebenarnya sehingga makin ramai yg menjadi sekular serta liberal. Wallahualam sekadar cetusan hati penulis

Bagi penulis, seorang muslim berjaya adalah seorang muslim yg bersedia mengambil tanggungjawab 100% apa yg berlaku padanya...Ada kelebihan org yg ambil bertanggungjawab berbanding org yg menuding jari. Org yg menuding jari biasanya FOKUSNYA terletak pada org lain, sebab itu dia gagal melihat dirinya. Sebaliknya org yg menagmbil tanggungjawab sepenuhnya, FOKUSNYA hanya pada dirinya, maka dia dapat melihat kelemahan diri dgn lebih jelas serta dapat muhasabah diri. Menurut buku The Success Principle, 99% of all failure comes from people who have a habit of making excuses

Contohnya E + R = O (E = event, R = responce, O = outcome

Org yg bersedia bertanggungjawab, mudah mengubahsuai responcenya utk mengubah outcome, sebaliknya org yg menuding jari hanya menyalahkan event, tetapi response tak ada buat apa2

Contohnya katakan A (org yg suka tuding jari) dan B (org yg ambil full tanggungjawab)
Eventnya E adalahbulan mei RM 700, dan RM 700 ni cukup2 utk tampung satu bulan. Dan bulan mei perlu bayar hutang RM 200
A
Event = Rm 700 sebulan
Response = dia tak buat apa2 utk solve the issue kerana hanya merungut bos bagi rm 700
Outcome = Bulan depan kena tangkap along pasal tak bayar hutang

B
Event = RM 700 sebulan
Responce = samaada dia pinjam duit member, atau puasa, atau lebih berjimat duit
Outcome = Bulan ni dia ada duit secukupnya utk bayar hutang

Tuesday, March 9, 2010

FI 1 : Peranan hati pd emosi dan akal

Salam
Di sini saya ingin berkongsi sebuah pengalaman, saya sudah banyak mengalami dan rasa2nya korang pun ada mengalaminya

Saya pernah try, 3 hari x solat jemaah atau ada melakukan dosa, dan 3 hari selepas itu bersolat jemaah dan ada membaca banyak quran atau berzikir, saya perhatikan ada perbezaan pada emosi dan akal.

Saya menyedari bila hati kotor, maka emosi anda akan terganggu, berasa irritable, tidak sabar, adakalanya berasa amat sedih, dan tidak motivasi..

Ttp sebaliknya, bila hati anda bersih, anda akan rasa motivasi, bersemangat, sabar, mudah memberi empathy

Tak percaya? bila anda rasa malas belajar, atau tidak bermotivasi, cuba renungkan ayat2 quran dan bacakan, insyaallah, selepas itu tiba2 anda bermotivasi utk belajar

Begitu juga dgn akal, saya perhatikan bila hati kotor, maka akal anda akan menjustifikasikan seseuatu yg batil dan anda akan anggap ia benar.

Malah bila hati itu bersih akal akan menjustifikasikan sesuatu yg hak dan anggap ia benar

contohnya kita boleh melihat sendiri bagaimana org kafir mentafsir quran berbanding cara kita tafsir quran, pasti ada beza kan? Kalau depan nmpk unta, org hati bersih akan nmpk unta, tp bagi org hati kotor akan nampak landak

Akal mmg sesuatu yg menipukan, kita selalu anggap ia benar, sebab itu pentingnya peranan hati dlm menimba ilmu. Bila ilmu tinggi tp hati kotor, itu yg bahayanya. Ada yg menjadi atheist kerana gara2 akal yg tinggi.

Dari segi sudut psikologi, saya pernah terbaca, peranan SQ mempengaruhi EQ dan IQ. Saya rasa saya ada baca lebih kurang 3 buku yg mempertekankan kepentingan SQ dalam mempengaruhi EQ dan IQ. Emosi amat penting dlm penghasilan minda yg sihat. Cuba bayangkan bila anda bersedih, bagaimana keadaan minda anda, dan bayangkan bila emosi anda melonjat tinggi, bagaimana minda anda?

Bila emosi anda melonjat tinggi, berlegar2 minda anda fikir mcm2 benda yg interesting, atau dapat memberi 1001 solusi terhadap masalah, minda anda menjadi aktif

Tp bila emosi anda down, mulalah idea pun susah nak keluar,, bila ada masalah lihat mcm seolah2 tak ada solution, pemikiran menjadi terbantut sebegitu sahaja

Begitu juga, emosi pun memerlukan SQ, tak percaya bila anda down cuba buka quran dan perhatikan bagaimana perubahan emosi anda

Lihat, para saintis sendiri mengakui kepentingan SQ(hati) dlm mempengaruhi EQ (emosi) dan IQ (akal). Kalau rosak SQ, EQ dan IQ pun turut rosak

Malah dlm hadis mengenai hati itu raja dan mempengaruhi semua organ, saya rasa ia perlu diberi tafsiran secara meluas. Menurut kaca mata sains, yg menghasilkan pemikiran dan emosi adalah dari otak kita. Pemikiran secara logik terhasil di cerebral cortex dan emosi di limbic system. Bila hati yg sihat pasti ia memberi organ otak yg sihat, oleh itu bila otak sihat, maka cara pemikiran kita dan juga emosi kita jadi sihat

Bukan itu sahaja, emosi yg sihat pun turut memberi kesihatan dlm badan kita melalui rembesan mcm2 jenis hormon dan bahan kimia. Dan emosi yg buruk , seperti stress akan menghasilkan mcm2 bahan kimia, yg akhirnya merosakan jantung anda, membuatkan anda depression

Saturday, February 27, 2010

MD 1 : Sejauh manakah kebenaran "masuk akal"

  • Manusia selalu percaya pada benda yg masuk akal
  • Tp tidak semua perkara yg masuk akal itu adalah benar
  • Pak pandir melakukan perbuatan bodoh kerana dia anggap perbuatannya masuk akal
  • Malah, kaki penipu mengunakan hujah yg masuk akal utk menipu org, masakan mana ada org yg akan percaya pada benda yg masuk akal
  • Org kafir pun percaya tuhannya itu matahari, ada yg percaya alien, ada yg percaya anak beranak kerana soal masuk akal
  • Para atheist pun percaya tuhan itu tidak ada kerana soal masuk akal, malah ada yg terpedaya kerana soal masuk akal
  • Kesimpulannya di sini, tidak semua perkara yg masuk akal itu ada benarnya.
  • Tp malangnya ramai manusia percaya sesuatu yg masuk akal PASTI ada benarnya
  • Ada org kata kat saya, hei, merokok tak berbahaya pada kesihatan, aku tengok org yg hisap rokok tu berkotak2, smpai tua pun tak sakit2
  • Bagi org yg jahil, tiada ilmu pada perubatan, mereka anggap perkara ini masuk akal
  • Tp tidak bagi org yg berilmu , bagi para doktor, mereka tahu kenapa rokok tidak mendatangkan penyakit pada org tersebut
  • Akhirnya manusia tertipu dgn andaian dan persangkaan mereka
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (QS. 10 : 36)
  • Di sinilah PERANAN ILMU bagi membezakan yg HAK dan BATIL (benar dan salah)
  • Kalaulah manusia tidak dikurniakan ILMU TUHAN, masakan manusia akan terus membuat andaian dan sangkaan pada tuhannya
  • Pada mulanya, manusia sangka matahari itu tuhan, kemudian bila alam ini dapat dikaji dgn luas, dikatakan alien itu tuhan, kemudian dan kemudian, tidak habis2 manusia dgn andaian dan sangkaan mereka
  • Akhirnya, manusia sendiri rosak kerana sangkaan dan andaian mereka
  • Di sinilah peranan penting ILMU QURAN, kerana ilmu quran membenarkan apa yg HAK, tanpa ilmu quran, manusia akan terus menerus dgn sangkaan
  • Sebab itu pentingnya peranan ilmu.
  • Ilmu dapat membantu kita membezakan apa yg hak dan batil
  • Zaman ini zaman fitnah, maka pentingnya ilmu supaya kita tidak terjerat dlm fitnah




  • Contoh kepentingan ilmu
  • - > saya pernah berjumpa dgn seorang pesakit yg mengalami temporal epilepsy. Temporal epilepsy adalah suatu penyakit di mana di nampak visual halusinasi. Contohnya dia nampak kawannya rupa mcm monyet atau jin yg seakan2 mahu menyerang. Kerana ketakutan dia selalu menyerang kawannya. Tp dia sebenarnya tidaklah berniat jahat, dia cuma sakit dan nampak bukan2 sehingga ramai mengatakan dia jahat, suka pukul org, di sinilah peranan ilmu. Bagi mereka yg tiada ilmu, mereka akan lontarkan bermacam dakwaan jahat, tp bagi org berilmu dia tahu kenapa dia berbuat demikian, malah disebabka n dia mengetahui, dia dapat memberi empathy kepada pesakit ini
  • - > seorang ahli politik mendakwa dia tidak meliwat kerana dokumen doktor swasta mengesahkan tiada penetrasi berlaku pada mangsa. Bagi org yg tiada ilmu kedoktoran dia lantas percaya kata2 ahli politik ini. Tp bagi org yg ada ilmu kedoktoran lebih2 lagi dlm ilmu forensik, dia tahu bahawa pemeriksaan swasta tidak boleh digunapakai, malah dlm report sepatutnya MAIN COMPLAINnya ditulis "suspected sodomy" bukannya tenesmus
  • - > ada org kata bila tak ada penetrasi maksudnya tak adalah liwat. Ini pun salah fhm bagi mereka yg tidak mempunyai ilmu kedoktoran dlm menilai. Org yg diliwat mmg ada faktor2 lain yg menyebabkan tanda liwat itu tidak nmpk. Tambahan pulak, dlm mensabitkan bukti meliwat, menurut journal of forensic, tanda penetrasi tidak diperlukan andaikata ada ada bukti2 lain yg dpt digunakan.
  • Pssttt....maaf saya tak ada contoh yg sesuai
sila rujuk
http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:21bMrua9D2cJ:www.forensiknet.com/journal/Vol.3_Dec_2008.pdf+sodomy+forensic+sign+filetype:pdf&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEEShP7gl684fdld13zHMfq-AZ3vmihyNCK3s2wZs9UCE6Eh0fgU9XcSfQtU3GtZKIIm-iWh-VwQ2hRvCQfBFIte7nSoPuyijbpUllQysgT4gp2qzBSggBYoDz-gpZzbXclyq40ac2&sig=AHIEtbQn51VFfY2wtORyOnqSC5SVi8_ewA

Wednesday, February 24, 2010

AP 1 : Astral Projection

  • Apa itu astral projection?
  • Senang cerita ia suatu peristiwa di mana roh anda keluar dari badan
  • Bila roh anda keluar, anda boleh explore satu dunia, anda boleh menjenguk kawan anda, atau menjenguk soalan SPM, atau menjenguk boyfriend anda yg belajar oversea, curang ke tidak?
  • Astral projection sama je dgn out of body experience
  • Astral projection bukanlah dongeng, ia telah alami ramai manusia. Ia boleh tercapai melalui latihan atau kurnian semulajadi
  • contoh testimoni astral projection : ada org sedang undergo operation, tp somehow, dia merasakan rohnya keluar dari badan. Apabila rohnya keluar, dia nmpk badannya terlantar di atas katil pembedahan. Dia nampak apa yg doktor lakukan , apa yg mereka bincangkan. Selepas operation, dia ceritakan apa yg telah dialaminya dan dia juga menceritakan apa yg doctor telah buat dlm operation dan apa yg mereka telah borakkan dlm operation. Terkejut doktor, macam mana pesakit ni boleh tahu apa yg doktor telah lakukan sedangkan dia dalam keadaan tidak sedar
  • Anda pernah mengalami "kena tindih jin" ? Sebenarnya itu adalah pengalaman atau fasa yg harus dilalui sebelum seseorang mencapai astral projection yg dipanggil fasa sleep paralysis
  • Dlm sleep paralysis anda berasa seolah2 tangan kebas, minda terjaga, dada sesak nafas, adakalanya anda rasa nmpk jin di depan anda, anda merasakan seolah2 ada benda berbisik2 pada anda, tp percayalah bila anda cuba berfikiran positif, jin yg anda nmpk itu akan hilang
  • Dgn kata lain, apa yg anda dengar, dan apa yg anda nampak hanyalah apa yg anda fikir. kalau anda fikir jin, maka nmpklah jin atau dengar jin berkata. kalau fikir alien maka nmpklah alien di depan anda

Saturday, February 20, 2010

EQ 1 :Antara didikan sekolah vs realiti kehidupan

  • Saya sentiasa membuat anggapan bahawa kejayaan hanya tercapai melalui ilmu dan pretasi yg mantap di sekolah
  • Kerana anggapan tersebut, saya telah banyak korbankan rakan2 dan masa social saya. (maafkanku sahabat)
  • Namun, hakikatnya, di dunia pekerjaan, kita lebih banyak menguruskan manusia daripada apa yg telah kita pelajari
  • Setakat pengalaman saya, nak buat group assigment, nak cari data atau buat kerja mmg amat mudah, tp nak dapatkan kerjasama mmg payah sekali (termasuklah saya, hehe)
  • Ada yg sensitif, ada yg panas baran, ada yg dorminant atau gila kuasa, ada tak boleh kerjasama
  • Lebih banyak konflik dan bersedih yg saya hadapi adalah lebih kepada bentuk hubungan manusia itu sendiri berbanding apa yg telah dipelajari
  • Bukanlah saya ingin menuduh manusia punca sedih saya, manusia akan sentiasa berbeza sikap. Itulah hukum lumrah dunia. Cuma saya tak pandai menadaptasi, atau control emosi
  • Inilah akibat kerana terlalu tamak pada ilmu di sekolah, nak asyik excelent je, tp akhirnya hubungan manusia telah dilupai
  • Dari sini, saya baru menyedari kepentingan EQ
  • Banyak kajian mmg telah membuktikan EQ lebih penting drpd IQ. Dan dlm peluang cuti ini, inilah yg saya cuba ambil peluang utk memantapkan EQ saya
  • Alhamdulillah, sejak saya fokus pada EQ, saya mudah berkomunikasi dgn org lain,dan saya pandai control emosi saya, cuma mgkin adalah sikit gugup ckp dgn awek lawa
  • Inilah realiti sebenar, kita akan menghadapi lebih banyak dgn masalah manusia drpd apa yg kita pelajari di sekolah atau universit
  • So mulakan mantapkan EQ anda!!!