Sunday, June 27, 2010
Betapa susah mencapai jalan iman, betapa senang meremehkan org jahil
Entahlah....agaknya mereka2 ni belum lagi pernah terdedah pada episod2 hitam. Saya pernah melalui episod2 hitam, ketika itu juga saya meraba2 mencari jalan, kadangkala saya marah kenapa Allah tidak berikan saya jalan, dan mcm2....Saya masih ingat bagaimana perasaan hitamnya hati, saya tahu bagaimana perasaan ketika itu, malah ketika itu hidup saya tidak berkat, saya dipandang hina, malah dibenci bukan saja oleh guru malah rakan selama tempoh 5 - 6 tahun
Bila saya melihat kawan saya yg benar2 islamik, timbul perasaan cemburu yg agak kuat, mereka bukan sahaja didampingi oleh kawan, malah ramai menghormatinya...saya persoalkan Ya Allah sesungguhnya dia baik adalah kerana dilahirkan keluarga yg islamik, sudah tentu banyak peluang mengenal islam tp tidak bagi saya.
Adakalanya saya ingin berdampingan dgn mereka semata2 ingin belajar sesuatu darinya, tp mereka meremehkan diri saya
Adakalanya saya berhajat utk meraih cinta dari seorang muslimah soleh, namun diri saya tidak dipandang
Bila perkara di atas berlaku, saya berasa teramat marah dan cemburu, saya persoalkan ya Allah, mengapa mereka, mereka menjadi seorang yg baik kerana latar belakang yg baik, tp tidak bagi saya, mereka berpeluang melanjutkan ke sekolah2 agama tp tidak bagi saya
Malah saya berbelanja beribu2 ringgit, membeli kitab , bersyukur saya ayah saya seorang juruterbang, saya beli buku pun, saya tidak tahu apa yg saya mencari, saya sekadar main membeli buku yg ada pasaran. Dan saya telah banyak korbankan masa belajar saya membaca kitab sehingga banyak terjejas dlm pelajaran saya sehingga terpaksa repeat satu tahun. Malah saya ambil cuti setahun, hanya gara2 mencari erti hidup
Atas sebab kesukaran yg telah saya hadapi demi mencapai tahap keimanan hari ini, saya berasa amatlah menghargai serta bersyukur dgn nikmat ini. Dalam hati ini , hendak saja saya berkongsi kemanisan iman ini. Bila saya melihat org jahil, wujud perasaan simpati dan sayang kepada mereka, kerana saya telah mengalami episod2 pahit. Saya tidak membenci mereka, malah saya sedia membuka pintu peluang kepada mereka, saya ingin mempermudahkan bagi mereka ke jalan yg hak. Sebab itu, saya masih menyayangi UMNO kerana saya tahu, mereka juga seperti saya, meraba2 mencari kebenaran. Malah saya bersedia utk berkawin dgn pelacur sekalipun kalau mereka bersedia utk berubah
Namun begitu, saya begitu kaget melihat sikap org islam, yg bukan sahaja beruntung dapat keluarga yg elok2 penuh dgn akhlak dan ilmu islam, yg bukan sahaja dapat berpeluang terdedah kepada ilmu agama, yg bukan sahaja berpeluang belajari ilmu agama , malah ada yg berpeluang masuk kolej islam, mereka bangun bingkas meremehkan org2 yg jahil, pelaku2 maksiat seperti yg berlaku hari ini, lebih2 lagi dlm arena politik kita. Pelik bin ajaib, mereka langsung tak terfikirkah, andaikata mereka dilahirkan dlm keluarga yg jahil, tidak terdedah pada kelas agama, bercampur dgn pelaku maksiat, apakah mereka fikir mereka boleh menjadi muslim yg baik? Apakah mereka fikir mampu ckp pasal agama sekiranya mereka ditakdirkan di sebaliknya? Butakah mereka yg menjadi mereka baik adalah tidak lain kerana Allah?
Tidak tahukah mereka, kalau bukan Allah tidak mencipta perkara dosa, melainkan untuk mengenal sifat Maha Pengampun
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, seorang muslim melipat gandakan amalan mereka lalu mati dlm keadaan yg bertakwa
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, seorang manusia tidak ujub serta riak dgn amalan mereka
Tidak tahukah mereka, kerana dosa, dia merintiskan air mata lalu air mata itu penyelamat api neraka
Sudah tentulah, kewujudan org kaya dan org miskin, org berilmu dan jahil, org berkuasa dan tidak berkuasa, org sihat dgn sakit, org beriman dan kafir, org baik dan org penjenayah, mempunyai banyak rahsia tersendiri dan merupakan ujian antara satu sama lain. Bagi saya, keadaan pemimpin atau kerajaan yg rosak adalah sesuatu yg ditakdir dan mempunyai rahsianya. Ia merupakan ujian untuk org beriman dan sebagai renungan bagi org beriman, namun berapa ramai yg mengambil manfaat dari apa yg Allah ciptakan?
Tengok sahajalah, org barat walaupun mereka kafir, tetapi berapa ramai umat islam dapat mengambil iktibar serta hikmah dari mereka, walau sekafirnya mereka, namun banyak dari segi akhlaknya kadangkala lebih baik drpd org islam itu sendiri. Tidakkah itu adalah hikmah bagi org beriman spaya bermuhasabah diri? Itu baru sahaja ciptaan org kafir, belum lagi dilihat dari segi hikmah wujudnya org miskin, org sakit, apatah lagi pemimpin yg kurang islamik, kerajaan yg sekular, renung2kan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hidayah hak Allah.
ReplyDeletemampukah kita menyelamatkan semua umat Islam.
atau mampukah kita menyelamatkan semua umat manusia.
Kenapa dakwah Rasulullah tidak sampai keseluruh dunia semasa baginda masih hidup?
supaya kita sebagai umatnya menyambung kerja2 dakwah ini.
bagi saya, manusia ada dua perkara yang berbeza dalam bab meremehkan orang jahil. satu golongan manusia yang meremehkan orang jahil kerana golongan tersebut belum mendapat hidayah allah. itu biar allah sahaja yang menghisab mereka.
kedua adalah golongan manusia yang menemplak satu golongan jahil yang ada sifat 'bodoh sombong' seperti menemplak UMNO Kepala Batas dalam hal menganjurkan pemulangan duit hasil judi yang disedekahkan kepada fakir miskin. bagi saya, mereka ini jika dinasihati pun tidak akan makan saman. so perkara ini kalau tak templak akan menyebabkan lebih besar efek pada masyarakat islam yang masih jahil di dalam negara.